Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Apakah hukum menyewa/meminjam barangan masjid seperti kerusi, meja, periuk atau lain-lain? Adakah hukumnya berbeza sekiranya barangan tersebut dibeli oleh pengurusan masjid menggunakan duit infaq orang ramai dengan barangan yang diwakafkan oleh seseorang?
Terima kasih.
Jawapan
Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Kathir bin 'Amr bin 'Awf Al-Muzani daripada ayahnya daripada datuknya daripada Nabi SAW telah bersabda:
Maksudnya: Dan kaum Muslimin harus memenuhi syarat-syarat yang telah mereka sepakati kecuali syarat yang mengharamkan suatu yang halal atau menghalalkan suatu yang haram. (Riwayat al-Tarmizi)
Secara kebiasaannya bayaran sewaan barangan adalah sebagai komitmen peminjam atau penyewa untuk memastikan barangan yang dipinjam/sewa berada dalam keadaan baik serta sempurna untuk kegunaan serta manfaat orang yang lain. Ada dua keadaan
Sekian, terima kasih