Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum WBT...
Saya ada beberapa soalan mohon di beri pencerahan.
Saya bekerja sebagai Agent Insurance di syarikat Insurance konvensional, iaitu MCIS INSURANCE BERHAD.. Persoalan saya adalah seperti berikut;
1. Syarikat Insurance Konvensional tapi mereka katakan simpanan tersebut ada lah patut syariah kerana di laburkan pada kaunter² patuh syariah. Soalan saya tentang ini, apakah hukumnya.?
2. 6 tahun saya berkecimpung dalam company tersebut Dan ramai telah mengambil simpanan dengan saya. Apa perlu saya buat untuk menebus kesilapan sy pada client²saya.? Kerana saya berniat untuk resign Dari syarikat lama dan masuk ke syarikat yang ada Takaful.
Sekian soalan saya...
Terima Kasih.
Jawapan
Merujuk kepada soalan:
1) MCIS merupakan sebuah syarikat insurans konvensional yang berdaftar di bawah Akta Insurans dan carian di laman rasmi MCIS juga tidak menemui sebarang kaitan syarikat ini dengan takaful. Hasil semakan yang dibuat di laman rasmi mcis tertera penafian seperti ayat di bawah dalam dana-dana pelaburan MCIS
This is not a Shariah-compliant product. However, Jati Fund, Titan Fund and Global Yakin Fund invest in Shariah-approved securities and will continue to do so. For more information about the funds mentioned above, kindly refer to the Fund Fact Sheet.
Oleh itu, apa yang dapat difahami daripada penafian di atas adalah pihak MCIS tidak mendapat pengesahan patuh syariah daripada pihak berautoriti seperti Suruhanjaya Sekuriti atau Bank Negara, tetapi pihak MCIS hanya memberikan isyarat bahawa sumber kewangan yang diperolehi dari para pencarum akan dilaburkan dalam dana-dana yang telah disahkan patuh syariah. Dalam memastikan setiap urusniaga itu bertepatan dengan syariah ia bukan hanya tentang bagaimana wang tersebut diniagakan atau dilaburkan bahkan ianya ada kaitan seawal kontrak (akad) ditandatangani, termasuk juga transaksi dan lain-lain perkara yang perlu disahkan oleh pihak berautoriti sebelum ianya boleh disahkan sebagai pelaburan yang patuh syariah.
2) Mohonlah keampunan dan taubat kepada Allah atas kesilapan dan kekhilafan yang berlaku sebelum ini. Semoga Allah yang Maha Pengampun mengampuni segala dosa-dosa yang lalu.
Sekian. Terima kasih.