BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Hi, saya ade habit iaitu gigit kuku dan kadang ii ia jadi teruk hingga ade garisan ii kecil bawah kuku saya. Dekat google katanya "blood hemorrhage" or "blood splinters" and dia memang takkan hilang walauoun dengan air, sabun atau apa ii pun. Apakah hukum kalau saya mandi wajib atau wudhu dengan perkara tersebut ade dlm kuku? Sah ke?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk soalan yang diajukan, mandi wajib serta wuduk yang dilakukan adalah sah. Ini kerana darah itu berada di bawah kuku dan tidak menghalang air sampai ke kuku atau kulit. Elakkan melukakan anggota badan agar tidak memudaratkan kesihatan diri dan menyukarkan diri untuk melakukan ibadah. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 2

message user image