BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan. Saya ingin bertanya, adakah jika seseorang wanita berkahwin dengan lelaki yang menjadi suaminya, maka si suami wajib membayar/melangsaikan hutang atau komitmen isteri yang sudah ada sebelum berkahwin (contoh: loan kereta dan PTPTN)? Sekadar yang saya tahu apa pun yang menjadi milik seorang perempuan sebelum menikah adalah tetap miliknya. Namun saya melihat sebuah perdebatan di mana ia menjurus ke sebuah kesimpulan bahawa seorang suami patut melangsaikan atau setidaknya membantu dalam membayar hutang/komitmen isteri. Hal ini agak janggal bagi saya kerana konsep ini sepertinya tidak berlaku kepada lelaki (suami). Boleh tolong jelaskan? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Nafkah yang wajib diberikan kepada isteri selepas perkahwinan merupakan balasan ganti kepada penyerahan diri isteri untuk tujuan istimta‘ (hubungan suami isteri). Disebutkan dalam Mughni al-Muhtaj (5/151): 

وَبَدَأَ الْمُصَنِّفُ بِنَفَقَةِ الزَّوْجَةِ لِأَنَّهَا مُعَاوَضَةٌ فِي مُقَابَلَةِ التَّمْكِينِ مِنْ الِاسْتِمْتَاعِ.

Maksudnya: Pengarang (Imam Nawawi) memulakan dengan perbahasan nafkah isteri kerana ia merupakan suatu balasan (timbal balik) sebagai ganti kepada penyerahan diri (isteri) untuk tujuan istimta‘ (hubungan suami isteri).

Justeru, nafkah wajib terdiri daripada keperluan isteri yang mana tidak termasuk melangsaikan hutang yang atau komitmen kewangan isteri yang wujud sebelum perkahwinan. Adapun jika suami bantu menyelesaikan hutang tersebut, maka ia adalah perbuatan mulia yang digalakkan dan akan diberi ganjaran pahala.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 17

message user image