BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, tuan/puan. Saya ada soalan yang ingin ditujukan kepada tuan/puan. Saya sedang memperbaiki kualiti solat saya seiring dengan qada solat. Saya memulakan proses penambahbaikan tersebut mulai dengan bacaan al-Fatihah melalui video di YouTube. Pada awal tahap penambahbaikan, selepas semakan, saya ada melakukan kesilapan pada ayat 6 di mana saya was was dengan penyebutan makhraj huruf 'qaf' di kalimah 'mustaqim'. Jadi saya mengulang semula kalimah 'mustaqim' sahaja tanpa memulakan bacaan daripada awal kerana pada masa itu saya tidak ingat ada huruf alim lam di depan kalimah tersebut. Adakah kesalahan ini dikira sebagai Lahn al-Jaliy (kesalahan yang jelas) akibat meninggalkan huruf dalam bacaan? Adakah saya perlu qada semula semua solat fardu dan qada saya pada masa itu?

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, kesalahan dalam bacaan Al-Fatihah yang mengubah makna, menambah atau mengurangkan huruf adalah Lahn al-Jaliy (kesalahan yang jelas)  dan ia boleh membatalkan solat jika dilakukan dengan sengaja. Justeru, jika kesalahan itu disengajakan atau melibatkan penggantian huruf, penambahan atau pengurangan huruf, maka bacaan tersebut tidak sah. Dalam keadaan tuan ini, maka solat wajib diqada'.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 6

message user image