BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam tuan/puan,

1) Jikalau pesakit kencing tidak lawas, air kencing boleh terkeluar dengan sangat sedikit dan bercampur dengan air basuhan ke badan semasa mandi ataupun beristinjak. Bagaimana pesakit boleh tahu bila keadaan yang air kencing itu telah dibersihkan dan di hujung kemaluan itu bukan air kencing kerana bau warna dan rasa tidak dapat membantu untuk membezakan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, bagi pesakit kencing tidak lawas, syarak memberikan kelonggaran. Mereka perlu membersihkan kemaluan semampu mungkin, menggunakan pelapik jika perlu dan mengambil wuduk untuk setiap waktu solat fardu setelah masuk waktunya. Anggaplah kawasan yang telah dicuci itu bersih dan fokus pada niat serta usaha untuk menunaikan ibadah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 6

message user image