BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, soalan saya jika bangun untuk solat subuh pada waktu akhir subuh dah nak ke syuruk, dan saya membersihkan diri untuk solat dan telah pun masuk waktu syuruk.. adakah niat untuk saya solat subuh pada waktu itu perlu disertakan qada' ataupun tidak? 

 

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, para fuqaha berpendapat bahawa niat solat ada' (tunai) dan qada' (ganti) adalah disunatkan, bukan wajib. Ini bermakna, jika seseorang berniat solat Subuh tanpa menyebut 'ada'' atau 'qada'', solatnya tetap sah. Namun, jika seseorang tersilap niat antara ada' dan qada' dalam keadaan ada uzur (seperti tidak mengetahui waktu sebenar), solatnya tetap sah. Hal ini disebutkan dalam kitab Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh karangan Dr. Wahbah al-Zuhailiy bahawa: 

والأصح أنه يصح الأداء بنية القضاء وعكسه في حالة العذر ، كجهل الوقت بسبب غم أو نحوه ، فلو ظن خروج الوقت ، فصلاتها قضاء ، فإن بقاؤه ، أو ظن بقاء الوقت فصلاتها أداء ، فإن خروجه ، صحت صلاته

Maksudnya: Pendapat yang paling sahih adalah sah menunaikan (solat) dengan niat qada' dan sebaliknya dalam keadaan uzur, seperti tidak mengetahui waktu disebabkan awan atau seumpamanya. Maka jika dia menyangka waktu telah habis, solatnya adalah qada'. Jika waktu masih ada, atau dia menyangka waktu masih ada, solatnya adalah ada'. Jika waktu telah habis (setelah dia menyangka masih ada), solatnya sah.

Justeru, jika tuan dapat memastikan bahawa waktu syuruk telah masuk maka tuan tidak perlu menyertakan niat solat subuh dengan lafaz qada'  kerana hukumnya tidak wajib hanya sunat sahaja. Sekalipun tuan tidak sertakan niat ada' atau qada' maka solat tuan tetap sah. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 6

message user image