Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Saya ada pertanyaan berkaitan lintasan dalam hati ketika mandi wajib. Saya mandi wajib dan berniat mandi wajib seperti biasa, tetapi saya ada was was yang terlintas niat mandi wajib itu bertukar kepada niat mandi sunat. Saya nafikan yang saya hendak mandi sunat untuk melawan semula lintasan was was tersebut. Namun setelah beberapa kali mengatakan yang saya hanya mahu mandi wajib dan bukan mandi sunat, tiba-tiba saya tersasul dan menjadi saya mahu mandi sunat dan bukan mandi wajib.Adakah sah mandi wajib saya apabila terdapat lintasan hati yang mahu menukar niat mandi wajib seperti yang saya alami?
Jawapan
Mandi wajib dari sudut syarak bermaksud mengalirkan air ke seluruh tubuh dengan niat tertentu atau mengangkat (menghilangkan) hadas besar, seperti mandi junub, mandi kerana selesai haid atau nifas dan sebagainya. Dalam melaksanakan mandi wajib ini, para ulama’ telah menetapkan bahawa rukun bagi mandi wajib hanya tiga, iaitu:
Merujuk persoalan yang diajukan, lintasan hati yang datang secara tiba-tiba atau tidak disengajakan (was-was) tidak memberi kesan kepada kesahan sesuatu ibadah, apatah lagi jika diri sendiri telah berusaha menafikan dan melawannya; bahkan tersasul dalam hati selepas itu juga tidak membatalkan niat asal selagi tidak ada keputusan yang jelas untuk menukar niat tersebut, kerana kaedah feqah menyatakan:-
Maksudnya: Keyakinan tidak hilang dengan syak.
Dalam situasi yang dialami, apabila seseorang itu telah memenuhi rukun-rukun mandi wajib maka sahlah mandi wajibnya.Oleh yang demikian disarankan agar tuan mengabaikan perasaan was-was tersebut dan meneruskan melakukan ibadah tanpa melayan keraguan kerana melayan was-was hanya akan menambahkan kekeliruan.
Sekian, terima kasih.