BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum

Saya ingin bertanya berkenaan selawat.

Saya ada melihat & mendengar kawan saya berselawat, tetapi beliau menggantikan nama Nabi Muhammad SAW dengan Nama Mahadi. 

"Allahumma solli 'ala saiyyina Muhammad wa'ala ali saiyyina Muhammad,

Ditukar kepada

"Allahumma solli 'ala saiyyina Mahadi wa'ala ali saiyyina Mahadi,

Adakah selawat yang digantikan dengan mahadi ini wujud/ betul?

Diharapkan agar dapat menjawab persoalan ini dengan membalas email saya.

muslim.ahmad8411@yahoo.com

 

Terima Kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Imam al-Sakhawi dalam kitab al-Qawl al-Badi' telah menyenaraikan sebanyak 99 nama Baginda SAW. Salah satu nama Baginda SAW adalah al-Mahdi (المهدي). Selawat kepada Nabi SAW merupakan salah satu bentuk zikir dan juga doa. Selawat kepada Nabi SAW sebagaimana zikir-zikir umum lain yang tidak terhad kepada lafaz-lafaz tertentu. Oleh itu, tidak menjadi suatu kesalahan untuk berselawat kepada Nabi SAW dengan menggunakan nama al-Mahdi.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 3

message user image