Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Saya nak tanya, saya ada beli tonic rambut yang difahamkan dikilangkan di China, sekarang saya ragu-ragu dengan kesucian bahan-bahan yang digunakan. Adakah saya boleh terus pakai produk tersebut?, terutama sekali sewaktu solat, oleh sebab tonic tersebut tidak akan dicuci sebelum solat. Mohon pencerahan, terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, berdasarkan prinsip fiqh, selagi puan tidak mempunyai bukti yang kukuh dan pasti bahawa tonic rambut tersebut mengandungi bahan najis, ia dianggap suci dan boleh digunakan, termasuk semasa solat. Keraguan semata-mata tidak mencukupi untuk mengharamkan penggunaannya atau membatalkan solat. Namun, jika puan dapat melakukan penyelidikan untuk mendapatkan kepastian, itu adalah lebih baik untuk menenangkan hati. Sehubungan itu, jika sekadar andaian atau sangkaan, maka ia kembali kepada kaedah fiqh menyatakan:
Maksudnya: Keyakinan tidak akan dapat menghapuskan keraguan.
Sekian, terima kasih.