BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum w.b.t. Sahibul Samahah Datuk Mufti, ​Saya akan mengadakan majlis akikah anak dan menghidangkan kambing golek. Atas dasar keharmonian dalam masyarakat majmuk, saya berhasrat menjemput rakan dan jiran bukan Islam ke majlis tersebut. ​Persoalannya, apakah hukum menjamu tetamu bukan Islam dengan daging akikah? ​Mohon pencerahan pihak Datuk Mufti. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Allah SWT berfirman dalam surah al-Mumtahanah ayat 8:

لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ

Maksudnya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil

Berdasarkan ayat di atas, Islam sangat menganjurkan kebaikan kepada seluruh manusia tanpa mengira agama dan bangsa melainkan ia diperangi. Walau bagaimanapun, merujuk kepada fatwa bertajuk Hukum Wakalah dan Beberapa Perkara Berbangkit dalam Ibadat Qurban yang telah diwartakan pada 23 Jun 2005, memberi makan daging akikah kepada orang bukan Islam adalah tidak diharuskan. https://www.muftiselangor.gov.my/2023/10/28/fatwa-tentang-hukum-wakalah-dan-beberapa-perkara-berbangkit-dalam-ibadat-qurban/. Bagi menghormati tetamu bukan Islam, adalah dicadangkan untuk memberi makan kepada tetamu bukan Islam daripada makanan atau lauk lain yang bukan daripada daging akikah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 5

message user image