BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ada persoalan tentang solat jamak dan qasar.

Pada hari rabu, khamis dan jumaat, saya akan bekerja di office di selangor. Pada hari isnin dan selasa saya bekerja di rumah (work from home) di perak.

Jadi pada pagi rabu saya akan bertolak ke selangor dan pulang ke perak pada hari jumaat petang. Sepanjang hari rabu hingga jumaat, saya akan tidur di rumah sewa saya dan hanya akan pulang ke perak pada hari jumaat petang. Saya akan duduk di perak dari petang jumaat sehingga selasa. Rumah di perak adalah rumah sendiri. Rumah di perak adalah tetap dan tiada niat untuk meninggalkannya. Rumah sewa selangor hanya sebagai tempat tidur /persinggahan/berehat sebelum pulang ke perak.

1) Berdasarkan situasi di atas, di manakah maustatin saya?

2) Adakah saya dikira musafir apabila berada di Selangor? Sbb saya ada dengar bahawa tidak boleh solat jamak dan qasar di rumah sewa di selangor hanya boleh dalam perjalanan ke selangor berdasarkan status perjalanan saya di atas.

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

1) Mazhab Syafi'i menggunakan istilah mastautin sebagaimana yang dapat dilihat dalam kitab Hasyiah I'anah al-Tolibin:

بيان لمعنى المتوطن، يعني أن المتوطن هو الذي لا يسافر صيفا ولا شتاء من محل إقامتها إلا لحاجة

MaksudnyaMastautin ialah orang yang tidak berpindah daripada tempat itu sama ada pada musim panas atau musim sejuk dan hanya keluar daripada kawasan mukimnya untuk keperluan sahaja.

Justeru, mastatutin tuan adalah di Perak kerana tuan tidak berniat untuk berpindah dan menetap di situ.

2) Antara syarat yang dibenarkan bagi jamak dan qasar solat adalah mereka bermusafir bukan bermastautin atau bermukim pada sesuatu tempat. Hal ini adalah selari sepertimana yang disepakati oleh para ulama’ dari kalangan mazhab Syafie mengatakan:

غير المتوطن من أقام على عزمه عوده إلى بلده بعد مدة ولو طويلة

Maksudnya: Orang yang tidak bermastautin ialah seseorang yang bermukim pada satu tempat dengan berazam untuk pulang semula ke kota asalnya selepas suatu tempoh, walaupun selepas tempoh yang lama.

Berdasarkan kitab Fiqh al-Manhaji menyatakan:

Tempoh dibolehkan qasar dan jamak untuk musafir ialah tiga hari tiga malam, tidak termasuk hari datang dan hari pulang. Jika seseorang itu berniat untuk tinggal di suatu tempat selama empat hari atau lebih, maka dia tidak boleh qasar dan jamak ketika sampai di tempat itu kerana dia sudah dikira bermukim. Adapun ketika masih dalam perjalanan, tiada had hari yang tetap, dan dibolehkan qasar dan jama’ sehigga sampai ke destinasi musafir.

Oleh itu, tuan boleh mengambil rukhsah jamak dan qasar sepanjang berada di Selangor kerana tuan tidak berniat untuk menetap di sana melebihi 4 hari tidak termasuk hari sampai dan pulang. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 3

message user image