BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya melahirkan pada 6/1/2026.

Pada 9/2/2026 tiada darah nifas sehingga 12/2/2026. Pada 13/2/2026 berlaku pendarahan sehingga 18/2/2026 dimana lengkap cycle utk haid saya. Jadi saya mula berpuasa pada 19/2/2026 kerana tiada darah sehingga 12/3/2026. Adakah puasa saya sah? Atau terbatal? 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

Tarikh melahirkan: 6/1/26

Tempoh darah nifas yang keluar: 6/1/26 - 8/2/26 (33 hari)

Tempoh tiada darah: 9/2/26 - 12/2/26 (4 hari)

Tempoh darah keluar semula: 13/2/26 - 18/2/26 (5 hari)

Perlu difahami bahawa:

Sekurang-kurang tempoh nifas: Tiada had (Darah yang keluar setelah kosong rahim daripada kandungan walaupun hanya sekejap juga dikira sebagai darah nifas.

Tempoh maksimum nifas: 60 hari

Tempoh darah keluar semula puan pada 13/2/26 - 18/2/26 (5 hari) adalah masih berada dalam tempoh maksimum nifas. Oleh itu, darah yang keluar adalah masih dikira darah nifas dan bukan darah haid. 

Adapun puasa puan pada 1 Ramadhan - 22 Ramadhan adalah sah kerana dalam tempoh ini tiada darah yang keluar. Justeru:

19/2/26 - 12/3/26 (22 hari): Tempoh ini telah mencapai sekurang-kurang tempoh suci iaitu 15 hari

13/3/26: Darah yang keluar dikira haid yang baru

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 3

message user image