Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum... Jadi begini, saya ada satu seluar ni dulu pernah kena tahi burung warna hijau begitu. Saya sudah cuba untuk cuci dan buang kesan tersebut, namun warna nya terlalu kuat dan melekat. Saya pun mengalah dan pakai seluar itu seperti biasa. Walaupun seluar itu sudah di cuci, kesan itu tidak pudar. Adakah seluar itu dikira najis? Sampai hari ini saya masih ada seluar itu. Mohon pencerahan. Terima kasih banyak-banyak.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, seluar tersebut tidak lagi dikira najis walaupun kesan warna tahi burung masih kelihatan. Dalam Islam, apabila sesuatu najis telah dibersihkan sehingga hilang zat najis (bau, warna, dan rasa), maka ia dianggap suci. Jika warna atau bau najis itu terlalu kuat dan sukar dihilangkan walaupun setelah dibersihkan dengan sempurna, ia dimaafkan dan tidak menjejaskan kesucian pakaian tersebut.
Ini berdasarkan kaedah fiqh:
Maksudnya: Apabila zat najis telah hilang dan sifatnya seperti rasa, warna, dan bau juga telah hilang, maka tempat itu telah suci. Sekiranya masih ada kesan yang sukar dihilangkan, maka ia tidak memudaratkan dan dimaafkan.
Sehubungan itu, seluar anda adalah suci dan boleh digunakan untuk solat atau aktiviti lain tanpa ragu-ragu, kerana anda telah berusaha membersihkan najis tersebut dan hanya kesan warna yang sukar dihilangkan yang masih kekal. Kesan yang sukar dihilangkan ini dimaafkan dalam syarak.
Sekian, terima kasih.