BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Pengiraan bayaran fidyah bagi ibu mengandung yang meninggalkan puasa dua tahun berturut-turut (termasuk tahun ini-tahun semasa) kerana saya bakal melahirkan anak selepas raya tahun ini & berkemungkinan tidak dapat berpuasa sepenuhnya sepanjang Ramadhan. Bolehkah saya membayar fidyah sekaligus? kepada siapa saya boleh membayar fidyah?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, Fidyah tidak berganda walaupun melangkau tahun. Bayarannya mengikut jumlah hari yang tidak sempat diganti puasanya, kemudian didarab dengan nilai secupak beras mengikut harga semasa. Contoh : 83 hari x RM1.80 = RM149.40 (Jumlah fidyah) Saudari juga boleh melayari laman sesawang Lembaga Zakat Selangor di http://www.zakatselangor.com.my/calkulator-zakat/kalkulator-fidyah/ untuk perkiraan lanjut atau boleh terus ke kaunter LZS yang berhampiran untuk keterangan lebih lanjut. Manakala untuk puasa ramadhan tahun ini masih mempunyai tempoh sehingga ramadhan 2020 tiba, jika masih belum juga mengqada’ barulah perlu membayar fidyah. والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 261

message user image