Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Suami saya terlibat dengan kemalangan dan telah meninggal dunia. pihak yang bersalah telah membayar duit ganti rugi. Adakah saya sebagai waris boleh menggunakan duit tersebut, kerana duit tersebut di dapati secara tuntutan insurans orang yang bersalah tersebut. Mohon pencerahan daripada pihak tuan mufti. Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada soalan, duit ganti rugi tersebut boleh digunakan oleh puan sebagai pampasan yang diberikan oleh pihak yang mengakibatkan kemalangan sehingga berlaku kematian. Walaupun secara asasnya, pampasan insurans adalah haram, namun ia merupakan insurans pihak ketiga (orang yang melanggar) sebagai ganti rugi bukan keuntungan hasil caruman sendiri.
Sekian. Terima kasih.