BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustazah/Ustaz...

Saya nak bertanya mengenali iddah kematian Suami... Sekiranya Masih dalam iddah Boleh ke membuat majlis keramaian seperti mesyuarat di rumah saya... Dan kehadiran melibatkan lelaki bukan ajnabi... Apakah hukum sekiranya saya mambuat perkara diatas....


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, bagi seorang balu yang berada dalam iddah kematian suami pada asasnya dibenarkan untuk keluar jika terdapat keadaan yang mendesak atau darurat seperti pergi bekerja, mencari nafkah untuk kelangsungan hidupnya atau mendapatkan rawatan di hospital dengan menjaga adab dan pergaulannya. Kebenaran ini hanya pada siang hari sahaja dengan syarat mereka dapat menjaga peraturan dan adab-adab seperti yang disyariatkan Islam. Tidak dibenarkan keluar pada waktu malam. Namun begitu, pengecualian diberikan kepada individu yang tidak mempunyai pilihan dan perlu bekerja pada waktu malam seperti doktor, jururawat dan sebagainya. Bagi larangan bermusafir, ia termasuk larangan untuk menunaikan ibadat fardu haji dan umrah. Adapun mengadakan majlis keramaian di rumah bukanlah suatu keadaan yang darurat dan mendesak. Disarankan agar sebaiknya tidak membuat majlis keramaian semasa puan di dalam iddah lagi.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 10

message user image