Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Ustaz/ Ustazah
Saya ingin bertanya kemusykilan tentang solat Jamak Qasar bagi suami saya. Suami bekerja di Sabah 5 tahun. Saya bekerja di Selangor 5 tahun. Saya menyewa bilik sahaja. Tiada rumah sendiri lagi. Tiap kali suami balik ke Selangor saya akan book hotel berdekatan jarak 400meter dari bilik sewa saya. Suami balik ziarah saya kadang 1-3 hari (weekend) akan stay di hotel.
Persoalan saya : Adakah suami perlu solat Tamam (sempurna) ? atau boleh jamak qasar ?
Jawapan
Berdasarkan persoalan yang diajukan, diharuskan bagi suami puan untuk menunaikan solat fardhu secara jamak dan qasar sepanjang tempoh tersebut. Ini kerana bilik sewa dan hotel tersebut bukan tempat kediaman tetap puan mahupun suami puan. Justeru, dia boleh menunaikan solat fardhu secara jamak dan qasar selagi mana tempoh keberadaannya di kawasan itu kurang daripada empat hari tidak termasuk hari perjalanan balik dan pulang semula.
Sekian, terima kasih.