Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, sy mengalami penyakit perianal abscess dimana pd bahgian tubuh saya sering berlaku spt bisul yg sering pecah dan mengeluarkan nanah/ darah.
Saya akan menunaikan umrah. Masalahnya sy risau jika berlaku pendarahan ketika sdg tawaf. Jika ini berlaku, bermakna tawaf sy ketika itu batal? Apakah yg perlu sy lakukan?
Jawapan
Secara umumnya, suci daripada hadas kecil dan hadas besar adalah syarat sah tawaf. Ini bermakna, seseorang yang sedang tawaf perlu berada dalam keadaan suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat tawaf. Pendarahan atau keluarnya nanah dari bisul boleh membatalkan wuduk dan menyebabkan najis pada pakaian atau badan.
Disebutkan dalam Mughni al-Muhtaj (2/243):
Maksudnya: Adapun perkara yang wajib dalam tawaf ada lapan: … dan yang kedua ialah bersuci daripada hadas dan najis pada pakaian, badan dan tempat; kerana sesungguhnya tawaf di Baitullah itu adalah seperti solat.
Memandangkan tuan mengalami perianal abscess yang sering pecah dan mengeluarkan nanah/darah, tuan boleh mengambil langkah-langkah berikut sebagai persediaan:
Sekian, terima kasih.