BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Saya suci dari haid pada 1/4 kemudian darah haod datang lagi pada 14/4. Saya dapat bezakn sifat darah dan darah yang datang adalah darah haid dan diiringi dengan simptom haid seperti senggugut dan sakit kepala. Soalan saya ialah perlukah saya kira 2 hari pertama iaitu 14/4 dan 15/4 adalah istihadah dan kira hari pertama haid pada 16/4. ATAU 14/4 dikira hari pertama haid dan saya perlu qadha 2 hari solat kerana tidak cukup suci 15 hari?

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, tempoh minimum suci bagi wanita adalah 15 hari 15 malam. 
Bermula 17/4 barulah dianggap darah haid pada kitaran yang baru. Tempoh baki sempurna suci (iaitu pada 14/4, 15/4 dan 16/4) jika meninggalkan solat hendaklah diqada’ semula solat tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih. 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 13

message user image