Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz / ustazah
Merujuk kepada lafaz taklik selepas suami isteri ijab kabul
adakah jatuh talak, jika isteri mengadu yang suami tidak berhubung badan dengan isteri bertahun tahun lamanya
sedangkan suami telah berkahwin lain beberapa kali
nafkah anak RM300 , bila diminta sahaja bagi.
itu sahaja soalan saya
Jawapan
Menjawab persoalan puan, berkenaan lafaz taklik selepas ijab kabul iaitu :
"Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya (nama isteri) selama 4 bulan Hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan, dan saya tidak memberi nafkah kepadanya selama 4 bulan Hijrah berturut-turut atau lebih, atau saya melakukan sebarang mudarat ke atas tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada Mahkamah Syariah, dan apabila sabit aduannya di Mahkamah Syariah, dan ia membayar kepada saya RM10 sebagai tebus talak, maka tertalaklah ia dengan talak satu"
Boleh menyebabkan jatuh talak sekiranya isteri mengadukan hal ini ke Mahkamah Syariah dan aduannya sabit maka Mahkamah Syariah akan memutuskan status perkahwinan pasangan tersebut. Justeru, puan boleh mengadu dan mengemukakan perkara ini ke Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk urusan selanjutnya.
Sekian, terima kasih