Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum tuan. Saya ingin bertanya beberapa soalan.
1. Adakah lafaz 'lantak kau lah' termasuk dalam lafaz cerai kinayah?
2. Apakah panduan / pegangan yang boleh saya gunakan berkaitan ciri-ciri lafaz kinayah yang sah dari segi bahasa / susunan kata-kata / ayat?
Harap tuan dapat memberikan jawapannya. Terima kasih.
Jawapan
Menjawab pertanyaan tuan:
1. Lafaz “lantak kau lah” pada asalnya bukan lafaz cerai, sama ada sorih (jelas) mahupun kinayah (kiasan). Ia adalah ungkapan biasa yang menunjukkan sikap tidak peduli atau melepaskan urusan, tanpa membawa maksud perceraian secara langsung atau tersirat. Lafaz seperti ini sangat jauh daripada maksud cerai, maka pada kebiasaannya ia tidak dianggap sebagai lafaz kinayah yang kuat.
2. Lafaz kinayah talak ialah apa-apa lafaz yang menunjukkan perpisahan atau putusnya hubungan, seperti ucapan suami:
Sekiranya semasa melafazkan kata-kata di atas dengan niat menceraikan isteri, maka talak berlaku. Jika tidak berniat untuk menceraikan isteri, maka talak tidak berlaku.
Sekian terima kasih.