BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Asallamualaikum...

Ustaz, 

Apakah hukumnya, sekira diantara suami/isteri pernah melafaz sumpah dgn memegang Alquran....ttentang sejarah sebelum kahwin.

Saya berkahwin dengan seorng janda yg dh 2 kali gagal dalam perkahwinan terdahulu. Selepas kahwin kira² 10 thn, sy didatangi mimpi yg menyatakan selama ini saya ditipu oleh isteri ttng sejarah silang  Selepas solat dgn Alquran ditangan, saya melafaz pd isteri, andainya selain drpda 2 org bekas suami...awak ada melakuakan perkara haram dgn mana lelaki, bermakna kita berdua akan duduk dlm keadaan zina utk selama²nya & selepas bertahun² ia mngakui  pernah terlanjur dgn seorng ayah angkat. Pettanyasn sy skrng, apakah ikatan perkhwinan masih sah skrng.

Harap ustaz dpt memberi jawapan/penjelasan ..kerana sy xnk mati didalam bagini..

Sekian Terima Kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan tuan :

Merujuk kepada ucapan yang dikatakan oleh suami kepada isterinya: "Jika awak ada melakukan perkara haram dengan mana lelaki, bermakna kita berdua akan duduk dalam keadaan zina utk selama²nya" boleh menjadi taklik talak sekiranya yang dimaksudnya dengan "duduk dalam keadaan zina utk selama²nya" itu cerai. Sekiranya suami berniat atau bermaksudkan cerai semasa mengucapkan perkataan tersebut dan isteri mengaku ada melakukan perkara itu, maka talak boleh jatuh dengan serta merta. Jika suami tidak berniat atau bermaksud cerai ketika memgucapkan perkataan tersebut, maka taklik talak tidak berlaku.

Seandainya suami bermaksudkan cerai ketika melafazkan ucapan itu, maka suami perlu merujuk perkara ini kepada pihak Mahkamah Syariah terdekat sebagai pihak yang berautoriti dalam menentukan suatu lafaz taklik talak itu sah atau tidak. Begitu juga, sama ada talak berlaku atau tidak.

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 22

message user image