Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam ustaz
Saya harap ini antara kite sahaja untuk saya buka cerita ini. saya telah melakukan onani ketika ihram selepas pada 2018 sebelum melakukan tawaf di kaabah. Hidup saya semakin lama semakin satu-satu tuhan uji pada hidup saya dan saya tahu memang silap saya melakukan perkara keji itu dan saya telah melakukan solat sunat taubat agar saya tidak lagi melakukan perkara tersebut itu lagi. Soalan saya bagaimana saya hendak menyelesaikan masalah ini sebelum saya berkahwin. Banyak kali saya terfikir adakah saya sah jika saya berkahwin dengan wanita yang saya tunggu selama ini? Adakah saya perlu melakukan umrah sekali lagi? Tolong saya ustaz
Jawapan
Antara syarat sah tawaf di sisi mazhab Syafi'i adalah suci daripada hadas kecil dan besar. Perbuatan mengeluarkan air mani menyebabkan seseorang wajib mandi. Namun begitu, mazhab Hanafi menetapkan bahawa suci daripada hadas dan najis ketika ihram merupakan perkara wajib dan bukan syarat sah tawaf yang mana tawafnya sah, tapi dia perlu membayar dam, iaitu seekor unta.
Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-33 yang bersidang pada 28 November 2016 menyatakan:
Justeru, umrah yang dikerjakan adalah sah dan tuan hanya perlu membayar dam seekor unta jika berkemampuan bagi menampung kelompongan tersebut. Jika tidak mampu, maka tuan perlu berpuasa selama 10 hari. Semoga Allah SWT memberi keampunan atas segala salah dan silap kita.
Sekian, terima kasih.