BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

SAYA SEDANG MENCARI PEKERJAAN, ADA 1 TAWARAN MASIH BELUM DITERIMA. KERJA SAYA ADALAH SEBAGAI PEGAWAI PERAKAUNAN YANG MENYEDIAKAN LAPORAN KEWANGAN. SUMBER JUALAN SYARIKAT INI ADALAH MELALUI PERMAINAN PICKLEBALL DAN JUAL MINUMAN DAN MAKANAN TERMASUK ALKOHOL. SEKIRANYA SAYA MENERIMA TAWARAN TERSEBUT, ADAKAH SUMBER PENDAPATAN SAYA MENJADI HARAM?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Dalam Islam ada menerangkan 10 golongan yang dilaknat dalam urusniaga arak. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda:

لعن النبى ﷺ في الخمر عشرة:

 عاصرها ومعتصرها وشاربها وحاملها والمحمولة إليه وسافتها وبائعها وآكل ثمنها والمشتري لها والمشتراة   

Maksudnya : Rasulullah SAW melaknat dalam isu arak ini 10 golongan: “Pemerah (anggur untuk arak), orang yang minta diperahkan, peminumnya, pembawanya, orang yang meminta bawa kepadanya, orang yang menuangkan arak, penjualnya, orang yang makan hasil jualannya, orang yang membelinya dan orang yang meminta dibelikan untuknya. (HR at-Tirmizi)

Daripada penerangan isu ini, ia nampak lebih kepada perniagaan rekreasi/ sukan yang bercampur dengan jualan makanan dan arak dan bukanlah syarikat arak sepenuhnya. Secara praktikal, tuan boleh pertimbangkan beberapa langkah:

  • tanya skop sebenar,
  • cuba elakkan mengurus akaun alkohol secara khusus,
  • lihat sama ada anda boleh ditempatkan pada bahagian kewangan umum,
  • sementara terus mencari kerja lain yang lebih tenang dari sudut syariah jika hati masih ragu.

Sekiranya pun tuan tidak terlibat tetapi masih dalam organisasi yang sama, namun perkara yang lebih teliti yang perlu diperhalusi adalah salah satu kelompok yang dinyatakan dilaknat adalah “orang yang memakan hasil jualan” yang kita tidak ketahui atau lihat. Dicadangkan agar carilah pekerjaan yang tiada sebarang syubhah kerana ia bersifat lebih aman dan tenang jiwa. Daripada al-Nu’man bin Basyir RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

فمنِ اتَّقى الشُّبُهاتِ استبرَأ لدينِهِ وعِرضِهِ

Maksudnya: Barangsiapa yang memelihara dirinya daripada sebarang syubhah maka sebenarnya dia telah menyelamatkan agama dan maruahnya.(HR Bukhari)

والله أعلم بالصواب  

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 2

message user image