BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalam, saya ingin bertanya isu mengenai anak tidak sah taraf. Sekiranya pasangan suami isteri mempunyai anak yakni mengandung sebelum akad nikah, 1. Bolehkah memberi nama dengan berbin kepada bapanya? 2. Anak tersebut lahir selepas 7 bulan selepas akad nikah tetapi mereka pasti anak tersebut telahpun dalam kandungan isteri. Bagaimana kedudukan ini dan status anak ini? 3. Adakah anak ini boleh menjadi wali kepada adiknya sekiranya ada kelak. 4. Bagaimanakah pulak hak dalam harta pusaka? 5. bagaimana pulak aurat anak yg tidak sah taraf di antara ahli keluarga ibu dan keluarga bapa serta adik beradiknya satu ibu dan satu bapa sekiranya bapanya kahwin wanita lain? saya mohon penjelasan sekian terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara; 1. Anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. 2. Anak tak sah taraf tidak boleh menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali. 3. Anak tak sah taraf tidak boleh menjadi wali adik-beradik perempuannya kerana wali hanya daripada kerabat/nasab bapa sahaja. 4. Anak tak sah taraf tidak boleh pusaka dan mempusakai harta. 5. Aurat anak tidak sah taraf dengan ibunya, disebabkan nasabnya adalah kepada ibu yang mengandungkan, maka ibunya dan keluarga ibunya adalah mahram, tidak wajib untuk menutup aurat. Manakala aurat dengan bapanya adalah sebaliknya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 101

message user image