BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.
Soalan saya : Pada umur 55thn, saya haid yang ringan dan penghujungnya hanya sekadar spotting. Kebiasaannya haid dlm tempoh 7-12 hari. 
Baru2 ini sy haid hingga  hari ke 10 dan bersih dari hari ke 11 hingga ke 12. Utk  pastikn sy betul2 suci, saya hanya  mandi wajib dan solat pd hari ke 13. Ketika buang air pada pukul 7 malam saya lihat ada sedikit serpihan darah lendir berwarna coklat. Apa hukum solat saya? Trmksh. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Secara asasnya, sebanyak-banyak haid ialah 15 hari 15 malam. Untuk menentukan darah telah berhenti atau suci daripada haid, tiada cecair yang keluar daripada faraj atau membuat pemeriksaan melalui kapas yang disapu di faraj. Jika tiada sebarang cecair atau kesan darah pada kapas, maka seseorang wanita itu dihukumkan suci dan hendaklah mandi wajib untuk menunaikan solat. Namun begitu, jika darah keluar semula dalam tempoh maksimum haid, kesemua darah tersebut adalah dihukumkan sebagai haid walaupun darah yang keluar tersebut berwarna coklat, keruh, perang atau merah cair serta kekuningan. Maka hukum solat puan dalam tempoh tersebut adalah tidak sah kerana sedang haid. 

 والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 23

message user image