Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalaimualaikum,
Saya ingin bertanya sy telah membuat pesanan order melalui tiktok membeli keychain bulu kawat yg homemade.melalui mesej itu seller memberitahu bahawa dia lewat menyiapkan order kerana kurang sihat disebabkan dihantar sihir oleh seseorang.jadi sy ingin bertanya selamat kah barang2 yg sy order itu atau perlu buang sahaja Barang itu telah selamat sy terima.
Terima kasih
Jawapan
Secara zahirnya yang disihir hanyalah penjual itu sahaja. Manakala barang-barang jualannya tidak dapat dipastikan adakah ia terdapat kesan sihir atau tidak. Bagi mengelakkan keraguan dan sebagai langkah berhati-hati, boleh membaca ayat pendinding dan pembatal sihir sebelum menerima, membuka dan menggunakan barang yang dibeli. Bacalah surah al-Fatihah, ayat al-Kursi dan 3 Qul (SURAH AL-IKHLAS, AL-FALAK dan AN-NAS) memohon perlindungan daripada Allah SWT. Barang yang dibeli tersebut tidak perlu dibuang kerana ia bukan benda yang haram untuk digunakan.
Sekian, terima kasih.