Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Saya dan suami pernah becerai dan suami nk rujuk dgn melafazkan "abang nak rujuk semula dgn awak". Tapi masa tu tengah marah lagi dan saya abaikan sahaja dan saya jawab tak nak. Sekarang lepas 3 tahun 'suami' cari saya dan cakap pasal rujuk tu sah sbb dia dah tnya ustaz. Tapi akibat jahil masing-masing senyap sebelum ni. Saya nak tahu status saya. Saya nak elakkan dosa kedepan.
Jawapan
Menjawab pertanyaan puan:
Dalam hukum syarak, lafaz rujuk hendaklah menunjukkan kehendak yang jelas untuk mengembalikan isteri yang masih dalam iddah talak raj‘i kepada ikatan perkahwinan.
Lafaz suami: “Abang nak rujuk semula dengan awak” secara umumnya ia adalah lafaz yang berbentuk kehendak atau hasrat dan bukan lafaz rujuk yang sarih atau jelas. Perkataan “nak” menunjukkan keinginan untuk melakukan rujuk, bukan pelaksanaan rujuk itu sendiri.
Oleh itu, lafaz tersebut tidak dikira sebagai rujuk yang sah menurut mazhab al-Syafi‘i kerana ia tidak menunjukkan pelaksanaan rujuk secara pasti dan serta-merta.
Walau bagaimanapun, dari segi undang-undang, puan boleh buat pengesahan rujuk di Pejabat Agama Islam Daerah dan mahkamah syariah yang berhampiran.
Sekian terima kasih