Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Soalannya, jika sudah ambil wuduk , lepastu bila nak solat teringat pakaian yang dipakai kotor ataupun tak sah untuk dipakai solat seperti terkena najis, adakah perlu ambil semula wuduk setelah menukar pakaian baru? Adakah hanya perlu tukar pakaian bersih sahaja ? Atau kena ambil semula wuduk semula?
Jawapan
Seseorang yang solat dalam keadaan sedar dan yakin akan najis pada pakaiannya, maka batal solatnya dan wajib menggantinya semula. Merujuk soalan yang diajukan, tuan perlu membersihkan pakaian daripada najis sebelum mendirikan solat tanpa perlu memperbaharui wuduk. Ini kerana, terkena najis pada pakaian tidak termasuk perkara yang membatalkan wuduk.
Sekian, terima kasih.