BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya nak tanya , masa tu hujan kot saya xingat tapi kasut saya basah keseluruhan dan ada kekotoran saya tak pasti najis atau tidak tapi saya rasa lebih kepada najis sbb bewarna tapi saya tak basuh terus...saya pakai je, 2, 3 hari lepas tu baru  basuh....jadi persoalan saya mula ii saya ragu tu najis sbb tu saya xbasuh tapi lepas tu baru saya rasa tu najis , persoalan saya bagaimana kawasan yg saya jalan tiap hari adakah dikira bernajis sbb saya tak basuh terus kasut tapi  xde kesan pon dekat lantai yg saya selalu jalan dan kan saya kata 2,3 hari baru saya basuh dan ada hari yg hujan cam tu jadi saya nak tanya kawasan yg saya selalu lalu tu cam mana dikira bernajis ke ? sbb sy jadi risau sekarang dengan lantai rumah terutamanya kawasan letak kasut dalam rumah sbb takut saya bawak najis masuk rumah....cam mana nak basuh kwsn rumah saya jafi buntu pijak lantai pon kdg ii saya rasa tak selesa, kasut ii yg lain


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, perlu difahami bahawa sesuatu perkara dijadikan hukum berdasarkan tahap keyakinan yang paling kuat. Dalam situasi puan, jika puan lebih yakin bahawa kekotoran yang dipijak tersebut adalah najis, maka bahagian kasut yang terkena kotoran tersebut dihukum sebagai bernajis pada ketika itu.

Adapun perbuatan puan yang tidak membasuh bahagian kasut yang terkena najis tersebut adalah tidak menjadi masalah dan tidak dituntut untuk disucikan kerana kasut tersebut digunakan di luar rumah dan tidak dibawa untuk tujuan solat.

Namun, perkara yang perlu dipastikan ialah jika diyakini tidak terdapat ‘ain najis di dalam rumah, atau tidak ada kesan jelas bahawa najis yang dipijak itu ada pada lantai rumah, maka lantai rumah kekal dalam keadaan suci.

Kawasan umum yang dilalui orang ramai termasuk dalam perkara umum al-balwa. Oleh itu, ia tidak digunakan untuk tujuan solat dan tidak dituntut untuk memikirkan secara berlebihan sama ada kawasan tersebut menjadi bernajis atau tidak hanya kerana kasut yang dipakai terkena najis dan tidak dibasuh.

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 17

message user image