BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Saya ingin bertany! berkenaan puasa.. saya selalu basuh rongga lubang kemaluan (tempat keluar najis) dan juga selalu korek dubur (selepas buang air besar).. perkara ini dibuat untuk memastikan tiada saki baki najis..kalau mengikut hukumnya batal puasa..perkara ini berlaku bertahun2 kerana tidak tahu berkenaan hukum agama. Adakah saya perlu ganti puasa atau bayar fidyah untuk puasa saya yang dulu?

Terima kasih atas pencerahan pihak tuan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Antara perkara yang membatalkan puasa ialah memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka. Kemaluan depan dan belakang (qubul dan dubur) merupakan antara rongga yang terbuka. Had yang membatalkan puasa ialah had batin. Merujuk kepada bahagian kemaluan, menurut al-Bujairimi had batin bagi kawasan dubur ialah melebihi bahagian yang wajib dibasuh ketika beristinjak. Oleh itu, sekiranya perbuatan korek menggunakan jari sehingga mencapai had tersebut, boleh membatalkan puasa, adalah dinasihatkan agar tidak melakukan perbuatan sedemikian ketika berpuasa. Walau bagaimanapun, jika  benar-benar terpaksa mengorek lubang dubur kerana sembelit atau sebagainya, dan tidak dapat menunggu hingga waktu malam, maka ia dimaafkan dan termasuk dalam perkara darurah 

Bagi mencuci dubur daripada najis ketika berpuasa, cukup sekadar memancutkan air ke dubur bagi tujuan membasuhnya dan menggosok bahagian luarannya sahaja. Perbuatan ini tidak membatalkan puasa kerana kebiasaannya ia tidak sampai ke bahagian had batin.

Perbuatan yang lepas tidak perlu diqada dan tidak perlu dibayar fidyah kerana ia termasuk dalam perkara yang rumit dalam agama. Sama-sama berdoa semoga Allah SWT mengampuni kesilapan kita pada amalan-amalan yang lepas.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 38

message user image