BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Salam Tuan Mufti,

Saya ingin mendapatkan penjelasan jitu daripada Tuan Mufti berkenaan dosa antara suami dan isteri untuk kefahaman saya dengan lebih lanjut.

Situasi: Suami telah mengaku dia bermaksiat & zina dengan perempuan lain yang haram baginya. Apabila minta dihalalkan perempuan itu, suami mengatakan tidak mahu dan hubungan mereka atas dasar masing-masing bersetuju untuk melakukan hubungan terlarang tanpa ada sebarang ikatan. Suami sering menipu isteri dengan mengatakan keluar atas urusan kerja namun hakikatnya pergi melakukan maksiat hingga tidak mempedulikan langsung pada keadaan keselamatan/ keberadaan dan makan minum isteri. Apabila diminta untuk tinggalkan perkara haram tersebut suami pula mengatakan ini adalah dosa dia dengan Allah s.w.t. sahaja, sampai masa dia akan bertaubat kepadaNya.

Soalan saya:

Betulkah seperti yang dikatakan suami, jika dia melakukan maksiat & zina berulang-ulang semasa dalam perkahwinan, dosa dia hanya pada Allah s.w.t. sahaja, pada isteri tiada dosa?

 

Sekian, Terima kasih Tuan Mufti.

 

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Zina adalah perbuatan keji dan haram dalam Islam. Allah SWT telah melarang mendekati zina kerana ia adalah perbuatan yang sangat buruk dan jalan yang keji. Firman Allah SWT dalam Surah al-Isra' ayat 32:

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

Maksudnya: Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.

Apabila zina dilakukan dengan wanita yang bersuami, dosanya menjadi lebih berat kerana merosakkan kehormatan dan keturunan, serta mengkhianati amanah sebagai suami orang. Suami mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keselamatan, keberadaan, dan nafkah isteri. Apabila suami mengabaikan tanggungjawab ini kerana melakukan maksiat, ia adalah satu bentuk penganiayaan terhadap isteri dan merupakan dosa besar yang memberikan kesan kehidupan yang buruk.

Justeru, pernyataan suami bahawa dosanya hanya dengan Allah SWT adalah tidak benar. Perbuatan zina dan pengabaian tanggungjawab terhadap isteri adalah dosa besar yang melibatkan pengabaian hak Allah SWT dan juga hak isteri.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 18

message user image