Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: 1. Hukum suami masih simpan gambar bekas isteri yang tidak menutup aurat? Adakah menjadi kesalahan sekiranya isteri meminta suami memulangkan semula gambar-gambar yang tidak menutup aurat tersebut? 2. Hukum & batas-batas aurat anak saudara perempuan bekas isteri yang dijadikan anak angkat? Adakah anak angkat tersebut termasuk dalam kategori yg suami boleh nikah?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan; 1. Adalah dilarang seorang suami menyimpan gambar-gambar bekas isterinya yang tidak menutup aurat kerana dia sudah tidak lagi menjadi mahramnya. Tidak menjadi kesalahan kepada seorang isteri untuk meminta suaminya memulangkan semula gambar-gambar tersebut. 2. Hukum anak saudara perempuan bekas isteri yang dijadikan anak angkat adalah bukan mahram dengan suami. Wajib menutup aurat dan batas pergaulan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.