BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

 

saya ada persoalan. suami saya hanya ada kenderaan motorsikal dan tidak ada kereta. saya masih duduk bersama ibu bapa saya walaupun sudah berkahwin. begitu juga suami saya yang duduk tinggal bersama ibunya. jadi kami tinggal berasingan sementara waktu dan hanya berjumpa hujung minggu.

 

persoalan saya,

bapa saya tidak membenarkan saya menaiki motorsikal bersama suami sedangkan itu sahaja yang suami saya ada untuk menghantar dan mengambil saya di tempat kerja.bapa saya melarang sekeras - kerasnya untuk saya menaiki motorsikal bersama suami. soalan saya, pihak mana yang harus saya taat? saya tahu saya harus taat pada suami,tapi saya masih keliru untuk mentaati atau menghormati larangan bapa saya. suami saya juga berasa sedih dengan keputusan bapa saya sedangkan anak perempuannya sudah berkahwin dan harus mentaati dan menghormati suami.

jadi, saya minta nasihat atau pandangan dari pihak MUFTI.

Terima Kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Secara umumnya, ketaatan kepada suami adalah wajib bagi seorang isteri dalam perkara yang tidak bertentangan dengan syarak. Namun, ketaatan kepada ibu bapa juga merupakan kewajipan yang besar. Apabila berlaku konflik antara ketaatan kepada suami dan ibu bapa, ketaatan kepada suami didahulukan, selagi perintah suami tidak bertentangan dengan syarak. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

لو كُنْتُ ‌آمِرًا ‌أحَدًا ‌أن ‌يَسْجُدَ لأحَدٍ، لأمَرْتُ المَرْأةَ أن تَسْجُدَ لزَوْجِها

Maksudnya: Seandainya aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada orang lain, nescaya aku akan memerintahkan seorang isteri untuk sujud kepada suaminya. (Riwayat al-Tirmidhi)

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk menangani situasi ini dengan hikmah dan hormat kepada bapa puan. Puan boleh cuba berbincang dengan bapa puan. Cuba fahami kebimbangan bapa puan. Adakah ia berkaitan dengan keselamatan, maruah, atau pandangan masyarakat? Jelaskan kepadanya bahawa ini adalah satu-satunya cara pengangkutan yang ada dan ia adalah keperluan puan untuk ke tempat kerja.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 17

message user image