Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Isteri saya telah keluar rumah tanpa pengetahuan dan izin saya pada Feb 2025.bulan April 2025 selepas Kami berbaik semula masalah selesai. Isteri kembali semula Mei 2025
Tetapi...
Pada November 2025 isteri telah keluar lagi tanpa izin
Sehingga sekarang tiada hubungi dan panggilan dari beliau
Dlm tempoh itu saya ada maklum kepada anak Kami untuk cerai fast track
Dan anak Ada maklum kepada isteri untuk selesai dengan perceraian cara fast track tapi isteri enggan datang
Adakah perlu dengan fail kan nusyuz atau kembali taat
Jawapan
Menjawab persoalan saudara berkenaan situasi ini, ia terpulang kepada saudara sendiri untuk menentukan hala tuju perkahwinan saudara dengan mendapatkan nasihat dari Unit Undang-Undang Keluarga Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran. Jika dengan memfailkan nusyuz atau kembali taat itu boleh menghalang isteri dari keluar rumah tanpa izin dan tanpa pengetahuan suami maka failkanlah atas nasihat Pejabat Agama Islam Daerah. Namun, jika tiada perubahan, maka suami boleh memilih untuk membuat permohonan cerai secara baik melalui perintah mahkamah. Jika isteri enggan hadir prosiding, tindakan itu akan ditentukan oleh pihak mahkamah kelak.
Sekian, terima kasih