Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum..
Saya keliru adakah talak jatuh sah pada saya..Ceritanya bermula apabila Sy dpt tahu suami bermesej mesra dgn ofismate dia.
Saya jd naik hantu dan ugut dia..kononnya nak laporkan pd HR dia. Dia x bg sebab semua ni akan memalukan dia merumitkan dia
Saya gertak dia..sebab Sy sgt marah..Sy paksa dan ugut dia samada nak cerai cara baik atau Sy lapor pd HR dia.. Dia x nak n minta lalukan semua tu cara baik di mahkamah kalau betul nak bercerai
Saya paksa n ugut dia lg..Sebabkan nak stopkan saya dr laporkan pd HR..dia kata ok kita pisah cara baik
Adakah itu dikira jatuh talak?
Suami kata dia x nak cerai tp dia nak stopkan saya dr buat tindakan ke HR
TERIMA KASIH
Jawapan
Menjawab persoalan puan, persetujuan suami untuk bercerai secara baik belum lagi dikira jatuh talak. Jika pasangan setuju untuk bercerai sila dapatkan dahulu nasihat dari pihak Unit Undang-Undang Keluarga Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran dan jika gagal nasihat maka sila ke Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk urusan perceraian selanjutnya.
Sekian, terima kasih