BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammualaikum

Saya keliru untuk solat dan puasa qasa dan sunat bila saya telah bersih haid setelah 6 hari. 2 hari kemudian ada sedkit lendir darah san hari berikut nya sebelah petang hanya lendir berdarah di dalam bukan mengalir.Adakah saya boleh solat dan puasa saya dikira.terima kasih


message user image

Jawapan  

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, jika masih ada sedikit darah dalam tempoh maksimum haid iaitu 15 hari 15 malam meskipun darah tersebut keluar selepas tempoh adat haid puan, maka ia masih dikira darah haid. Justeru, puan tidak wajib solat dari tempoh darah itu keluar dan perlu menunggu selama 24 jam atau 1 hari 1 malam (tempoh minimum haid). Jika selepas 24 jam tiada darah, maka puan wajib mandi dan boleh solat seperti biasa. Jika dalam tempoh keluar darah tersebut puan sedang berpuasa, maka puasa tersebut perlu diqada’. 

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 38

message user image