Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Saya mohon pencerahan dalam topik mengubah, menambah atau memperjelas syarat ta'liq selepas ia disebut.
Persoalannya, adakah ayat kedua mengubah syarat ayat pertama?
Berikut adalah kronologi situasi:
1. Ketika dalam pertengkaran dan dalam keadaan marah, suami mengugut isteri (tanpa niat cerai) dengan berkata:
“Kalau harini you jejak kaki di office you, I jatuhkan talak satu ke atas you.“
2. Selepas selesai berkata, suami berdiam diri (anggaran 1-2 minit) tanpa sebarang percakapan lanjut.
3. Sepanjang tempoh tersebut, suami masih berada di tempat duduk pemandu kenderaan.
4. Suami kemudian beralih fokus untuk menyambung perjalanan ke kerja dengan membuka pintu pemandu dan keluar dari kenderaan.
5. Selepas keluar, suami menutup pintu pemandu kenderaan.
6. Suami seterusnya berjalan ke bahagian belakang kenderaan dan membuka pintu penumpang untuk mengambil beg kerja tanpa sebarang percakapan sepanjang perbuatan tersebut.
7. Setelah selesai mengambil beg kerja, dalam keadaan berdiri di luar kenderaan, suami berkata:
“Bukan hari ini sahaja, tapi sampai bila-bila.”
8. Ayat kedua tersebut diucapkan sebagai luahan emosi akibat tekanan konflik rumahtangga yang berterusan walaupun setelah menghadiri sesi kaunseling di pejabat agama. (tiada merujuk kepada ayat pertama)
9. Suami kemudian menutup pintu penumpang kenderaan dan meniggalkan tempat kejadian.
Info tambahan
1. Isteri tidak hadir ke pajabat pada hari tersebut
Jawapan
Menjawab pertanyaan tuan:
Lafaz suami, “Kalau hari ini you jejak kaki di office you, I jatuhkan talak satu ke atas you” merupakan lafaz berbentuk khabari (pemberitahuan) yang mengandungi unsur ugutan atau ancaman. Maksudnya, jika isteri menjejakkan kaki ke pejabat pada hari tersebut, maka suami akan menceraikannya. Oleh itu, sekiranya isteri benar-benar pergi ke pejabat pada hari itu dan suami masih berhasrat untuk menceraikan, suami perlu melafazkan talak secara jelas selepas berlakunya perkara tersebut.
Namun dalam situasi kes ini, isteri tidak pergi ke pejabat pada hari berkenaan. Maka syarat yang disebut tidak berlaku, dan talak tidak jatuh.
Berkenaan lafaz kedua, iaitu “Bukan hari ini sahaja, tapi sampai bila-bila” terdapat beberapa petunjuk kuat bahawa lafaz tersebut tidak bersambung dengan lafaz yang pertama, antaranya:
Berdasarkan uruf dan penilaian fiqh, keadaan ini lazimnya dianggap telah berlaku pemisahan (fasil) antara dua ucapan tersebut. Justeru, lafaz kedua tidak dikira sebagai sambungan atau penambahan kepada lafaz yang pertama.
Sekian terima kasih