BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Saya berminat dengan profession Music Therapy cumanya saya kurang pasti apa hukumnya jadi music therapist. Music Therapy merupakan rawatan rehabilitasi menggunakan muzik dan rawatannya melibatkan bermain piano, guitar dan juga menyanyi. 

Menurut kajian, antara pesakit yang sesuai terima rawatan ni adalah untuk mereka yang ada masalah kognitif (kesihatan minda), mereka yang ada kecederaan otak, untuk kanak-kanak yang ada masalah percakapan dan juga untuk warga emas yang ada masalah nyanyok.

Isunya, saya jadi kurang jelas sekiranya dibenarkan sebab melibatkan menyanyi juga tetapi banyak juga faedahnya yang boleh didapat daripada rawatan ni. 

Saya bekerja dalam bidang kesihatan dan saya difahamkan kita dibenarkan untuk sentuh pesakit berlainan jantina untuk tujuan rawatan. Tetapi dalam kes Music Therapy ni, saya kurang jelas sebab ia lebih kepada melibatakan suara dan musik itu sendiri. Adakah ia dibenarkan? dan sekiranya ia dibenarkan, adakah boleh juga beri rawatan kepada pesakit berlainan jantina?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Rawatan dengan menggunakan kaedah terapi musik bagi merawat penyakit tertentu adalah diharuskan selagi mana menjaga batasan syarak. Musik-musik, lagu-lagu atau nyanyian sepanjang terapi tidak membawa unsur yang melalaikan dan juga bukan berunsur syirik. Lagu atau nyanyian yang digunakan mestilah terbukti secara saintifik dan perubatan boleh membantu menyembuhkan penyakit. 

Berkenaan melibatkan berlainan jantina, kerana rawatan ini berbentuk terapi dan bukan satu rawatan berbentuk kecemasan atau segera perlu dirawat, maka tidak dibenarkan untuk bersentuhan dengan individu berlainan jantina.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 17

message user image