BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

maaf bertanya , apakah hukum seorang suami meragui anak adalah anak dia , sehingga minta untuk melalukan DNA untuk buktikan , Sedangkan sebelum suami kene tangkap dia yang membawa saya untuk pergi buat checkup untuk scan waktu baru mengandung , sekarang dia keluar dia kata kalau nak dia tangungjawab dia untuk bagi nafkah anak , buat DNA dulu baru lah dia akan bagi untuk nafkah anak .. sekarang saya dengan suami sudah cerai .. mohon pencerahan .. trima kasih 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Suami yang meragui anaknya sebagai anak kandungnya, hukumnya adalah haram dan berdosa. Ia perlu dibuktikan dan perlu melalui prosedur perbicaraan Li'an atau sumpah berdasarkan ayat 6-7 surah An-Nur dan seksyen 51 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor di Mahkamah Syariah. Justeru, jika pasangan ingin mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan perkara ini boleh hubungi pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 16

message user image