BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam ustad,

1.soalan saya apakah sah solat jika pakai pakaian nipis? 2.apakah sah solat jika pakai baju putih?

saya ingin bertanya kerana saya risau solat saya tidak sah, kebanyakkan baju saya begitu dan jika dilihat dengan betul boleh nampak sedikit warna kulit. jadi bagaimana ssbenarnya. adakah dibenarkan jika sedikit. saya juga terpikir adakah saya dikira menutup aurat dalam solat selagi tiada siapa yang tegur bahawa baju saya tu jarang. sebab kebanyakkan baju saya nampak okay ja. tapi bila lihat betul2 sebenarnya nampak warna kulit. jadi mohon penxerahan kerana kebanyakkan baju yang saya pakai sebegitu.


message user image

Jawapan  

 وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, penilaian perlu dibuat berdasarkan zahir pakaian sahaja tanpa perlu meneliti secara berlebihan sama ada warna kulit kelihatan atau tidak. Perlu dibezakan antara pakaian nipis dengan pakaian jarang. Jika pakaian itu nipis tetapi tidak menampakkan aurat, maka solat tetap sah. Kebanyakan pakaian putih hanya menampakkan bayangan atau sosok tubuh, bukan warna kulit bergantung kepada tahap kenipisannya. 

Kadar penutup atau pakaian yang menutup aurat ialah, seperti kata Imam al-Syairazi dalam al-Muhazzab (125/1), “dan wajib penutupan aurat itu dengan suatu yang tidak mensifati warna kulit.”

Pakaian yang hanya menampakkan bentuk atau bayangan tubuh apabila terkena cahaya terang atau sinaran matahari tidak dikira sebagai jarang. Adapun pakaian yang jelas menampakkan warna kulit barulah dikatakan jarang. Disarankan memakai pakaian yang tidak terlalu nipis kerana tahap kenipisan sesuatu pakaian boleh meningkatkan risiko penampakan warna kulit. 

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 49

message user image