BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Salam. Saya nak tanya, kalau adik beradik nak nikah hari yang sama boleh kan?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, tiada satu nas al-Quran atau hadis atau qiyas yang menghalang pernikahan dua orang adik beradik serentak sama ada kedua-duanya lelaki atau kedua-duanya perempuan atau seorang lelaki atau seorang perempuan. Juga tiada kaitan sama ada dibuat serentak pada tahun Hijrah atau tahun Masihi atau tahun Cina dan lain-lain.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 503

message user image