Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya berumur 51 tahun dan kebelangan ini lutut sakit bila dibengkokkan. Bila sebahyang terutama bangun dari rukuk, saya akan berpaut pada kerusi atau katil untuk bangun. Apakah hukum nya?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, hukum solat tersebut adalah sah, ini kerana ia bergantung kepada tahap kesulitan penyakit pesakit. Sekiranya tidak mampu juga, maka dibolehkan untuk duduk di atas kerusi (berdasarkan kepada kemampuan). Sepertimana hadis yang diriwayatkan daripada daripada Imran bin Husain RA katanya, aku menghidap penyakit buasir lalu aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang solat. Baginda bersabda: صَلِّ قَائِمًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ Maksudnya: “Bersolatlah secara berdiri, jika tidak mampu lakukanlah secara duduk dan jika tidak mampu juga lakukanlah secara mengiring.” (Riwayat al-Bukhari) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.