Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum mufti, saya ingin bertanya berkenaan wudhuk dan Mandi wajib.
Saya mempunyai kulit lebihan seperti mengulupas yang berada di Ibu jari kaki di celah kuku. Kulit itu saya tidak cabut kerana saya menganggap ia sebagai daripada badan. Persoalan saya, adakah lebihan kulit akan menghalang air daripada masuk ke dalam kuku atau pada permukaan kuku? Adakah Mandi wajib atau wudhuk saya terjejas dan perlu ulang semua ibadah tersebut?
Mohon pencerahan. Sekian terima kasih.
Jawapan
Dalam situasi seperti ini, ia merujuk kepada kulit mati di dalam badan, seperti yang berlaku di beberapa bahagian kaki, kulit mati ini tidak perlu dibuang atau membolehkan air meresap di bawahnya kerana ia merupakan sebahagian daripada badan yang tidak boleh dipisahkan. Oleh itu, tidak ada kewajipan untuk menghapuskan kulit mati tersebut. Ia tidak menghalang sampainya air sampai ke kulit. Maka, sah wuduk atau mandi hadas yang dilakukan itu.
Al-Khatib al-Syarbini telah menukilkan dalam kitabnya, apabila ia menjadi sebahagian daripada badan, ia tidak dapat dipisahkan daripadanya. (Hasyiah al-Bujairimi,1/128).
Sekian, terima kasih.