BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ada dengar ketika mandi wajib jika kulit masih ada bau sabun, mandi wajib tidak sah kerana bau itu menutup bau najis, tetapi saya telah basuh berulang kali bau sabun tersebut masih tidak hilang , adakah sah mandi wajib saya?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, perkara yang wajib dihilangkan sebelum atau ketika mandi wajib ialah ‘ain najis yang terdapat pada anggota badan. Adapun bau sabun yang masih ada pada kulit selepas dibasuh tidak menjejaskan kesahan mandi wajib seseorang dan tidak ada kaitan dengan “menutup bau najis” sebagaimana yang didengari.

Perkara yang diambil kira ialah hilangnya ‘ain najis seperti warna, rasa atau bau najis pada tempat tersebut mengikut kemampuan. Oleh itu, jika puan telah membersihkan badan dan yakin ‘ain najis telah hilang, maka mandi wajib tersebut adalah sah.

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 44

message user image