Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Adakah jatuh talak jika suami mengatakan "kita bercerai" di hadapan isteri walaupun dalam keadaan marah?
Jawapan
Menjawab persoalan saudari, lafaz yang disebut oleh suami "kita bercerai" lebih hampir kepada lafaz kinayah, iaitu lafaz yang boleh membawa maksud perceraian dan juga boleh difahami dengan makna selain perceraian. Menurut mazhab al-Syafi‘i, lafaz kinayah tidak menyebabkan jatuhnya talak melainkan jika disertakan dengan niat untuk menceraikan isteri ketika lafaz tersebut diucapkan.
Memandangkan lafaz tersebut mengandungi unsur kinayah yang berkaitan dengan perceraian, maka langkah yang lebih baik ialah:
Sekian terima kasih