BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam..

Saya ingin bertanya, adakah sah jika saya membaca niat puasa sunat syawal dahulu dan baru membaca niat puasa qadha? Saya gabungkan sekali puasa tetapi membaca niat puasa sunat terlebih dahulu dan diikuti dengan puasa qadha. 
"sahaja aku berpuasa sunat syawal dan qadha bulan ramadan kerana Allah taala." Adakah puasa saya sah? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, puasa yang diniatkan secara asing, sama ada berniat puasa sunat dahulu atau berniat puasa qadha dahulu, tidak memberi sebarang kesan kepada kesahihan kedua-dua puasa tersebut. Justeru, puasa yang dilakukan adalah sah. Hal ini berdasarkan fuqaha mazhab Shafi’i bersepakat bahawa sekiranya diniatkan kedua-dua puasa qada Ramadhan beserta puasa sunat Syawwal, maka seseorang akan mendapat pahala keduanya. Imam al-Ramli menyatakan bahawa: 

بِأَنَّهُ يَحْصُلُ بِصَوْمِهِ ‌قَضَاءُ ‌رَمَضَانَ وَإِنْ نَوَى بِهِ غَيْرَهُ وَيَحْصُلُ لَهُ ثَوَابُ سِتَّةٍ مِنْ ‌شَوَّالٍ وَقَدْ ذَكَرَ الْمَسْأَلَةَ جَمَاعَةٌ مِنْ الْمُتَأَخِّرِينَ

Maksudnya: Seseorang itu mendapat puasa qada Ramadhan sekalipun dia menggabungkan niat puasa qada Ramadhannya dengan puasa sunat yang lain serta mendapat pahala puasa enam dalam bulan Syawwal. Masalah ini disebut oleh ramai ulama terkemudian (muta’akhirin).”

Maka, harus bagi seseorang untuk menggabungkan niat puasa qada Ramadhan bersama sunat Syawwal dan akan memperoleh pahala bagi kedua-duanya tanpa mensyaratkan mana satu yang perlu didahulukan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 10

message user image