BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya nak bertanya apa hukum membayar hutang dengan menggunakan duit orang lain tanpa pengetahuannya dengan niat akan menggantikannya semula. Adakah hutang dengan pemiutang tersebut sah dan selesai dengan menggunakan duit tersebut?.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Islam membenarkan hutang tetapi kaedah membayarnya perlu kepada pemahaman hukum yang jelas. Ini kerana sering kali hutang boleh membawa kepada musibah yang lebih besar. dengan hutang tergadainya amanah yang sepatutnya dijaga rapi. sebagaimana persoalan di atas, menggunakan wang orang lain tanpa izin adalah salah satu bentuk kesalahan dan dosa kerana pelanggaran amanah yang diberikan untuk menjaga wang tersebut, walaupun ada keazaman untuk menggantikannya semula.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Nisa' ayat 58:

 إِنَّ ٱللَّهَ یَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّوا۟ ٱلۡأَمَـٰنَـٰتِ إِلَىٰۤ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَیۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُوا۟ بِٱلۡعَدۡلِۚ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengarahkan kalian untuk menyerahkan amanah kepada ahli yang berkelayakan menggalasnya; dan apabila kalian berhukum dalam kalangan manusia, hendaklah kalian berhukum dengan adil.

Kesimpulannya, hutang dengan pemiutang tetap sah dan dikira selesai. Manakala hukum menggunakan wang tanpa izin pemiliknya adalah berdosa, perlu bertaubat dan wajib mengembalikannya semula.

والله أعلم بالصواب 

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 16

message user image