BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya nak berpuasa ganti .

Azan subuh pukul 5.50 tapi saya tak tahu sekarang pukul berapa .

Saya macam terdengar azan. Tapi saya ingat itu mengaji..

Dalam masa yang sama saya makan ubat.. lepas telan ubat. Saya tngok jam rupa rupa nya dah pukul 5.51 ..

Batal puasa ke ?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian apabila makan di penghujung waktu sahur yang hampir tamat iaitu ketika masuknya waktu imsak dan hampir kepada masuk waktu Subuh. Sikap tidak mengetahui waktu semasa sedangkan jam berada berhampiran dan mudah untuk dilihat tidak dianggap sebagai alasan yang kuat. Tambahan pula, puan telah mengetahui bahawa azan Subuh masuk tepat pada jam 5.50 pagi. Oleh itu, perbuatan makan ubat tersebut berlaku selepas masuknya waktu Subuh iaitu sekitar satu minit selepas yakin masuk waktu Subuh. Justeru, puasa puan adalah terbatal dan perlu diqada’. Disarankan agar tidak lagi makan atau minum apabila telah hampir tamat waktu imsak sebagai langkah berhati-hati bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang pada masa akan datang.

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 16

message user image